RENUNGAN KUPI ROHANI Khamis, Minggu Paskah IV 16 Mei 2019 Injil : Yoh 13 : 16 - 20 Tema: Dipanggil Melanjutkan Misi Yesus Oleh : Sr. Petcy Limun PPK, Keningau If you cannot see the audio controls, your browser does not support the audio element GURU @ CIKGU Menjadi Guru adalah sebuah panggilan. Panggilan untuk mengembalakan kawanan anak-anak domba. Kerana itu menjadi Guru adalah sebuah pekerjaan yang mulia. Menjadi Guru bererti menjadi * garam * dan * terang * dunia, terutama kepada murid-murid, tentang erti sejati dari kehidupan, tentang keadilan dan kebenaran, tentang keagungan dan cintakasih Tuhan. Menjadi Guru bererti menabur * kasih * kepada insan yang bakal berguna kepada agama, masyarakat, bangsa dan negara. * Kasih * yang menghidupkan, * kasih * yang menuntun menuju kedewasaan sejati, * kasih * yang tak pernah lelah mendidik dan membimbing murid. SELAMAT HARI GURU TUHAN MEMBERKATI